|
Post by lukmanw on Dec 26, 2009 20:37:43 GMT 8
Al Fatehah Saya telah dimaklumkan oleh Fadhil Salleh, adiknya Muhammad Radzi B. Salleh (8284), Pegawai Tadbir Agama (PTA) Seri Iskandar, telah kembali ke rahmatullah jam 5.20 ptg tadi. Marilah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat. Lukmanw
|
|
iab
Baru Form I
Posts: 16
|
Post by iab on Dec 26, 2009 21:12:23 GMT 8
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Saya baru membaca ruangan makluman ini. Tadinya hanya membaca setakat ruangan 'perihatin' sahaja sebelum berhenti pergi solat asar. Dalam ruangan perihatin dimaklumkan oleh Lokman bahawa Sdr. Muhammad Radzi sedang sakit di ICU dan saya dah doakannya mudah-mudahan sembuh kembali. Namun begitu selepas solat saya kembali membaca di ruangan forum ini dan mendapati Sdr. Muhammad Radzi sudah kembali menemui Allah Azzawajalla. Astaqfirullah, doa saya tidak maqbul rupanya...Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk arwah sdr. Muhammad Radzi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Sdr. Muhammad Radzi dan memberi kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Saya mengenali Sdr. Muhammad Radzi sebagai junior setahun di bawah saya semasa di Izzuddin. Abang dia Muhammad Salleh Radzi sama batch dengan abang saya (Lan Galah). Muhammad Radzi juga sama batch dengan sdr. Zainul Rijal dan Zainal Fitri. beliau seorang yang baik dan saya menjadi saksinya.
Allah s.w.t berfirman; Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. ....sebahagian ayat 143, surah Al-Baqarah.
Wassalam
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 26, 2009 22:52:59 GMT 8
Dr IAB
Pada pandangan saya bukannya tidak maqbul doa Dr IAB. Allah S.W.T lebih menyayanginya.
Wallahualam
Lukmanw
|
|
|
Post by olek8288 on Dec 26, 2009 23:19:25 GMT 8
Salam takziah buat keluarga allahyarham..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 27, 2009 19:09:46 GMT 8
Makluman dari Muhammad Fadhil Salleh;
Salam.
Jenazah adik saya selamat disemadikan di tanah perkuburan baru Bandar Seri Iskandar.
Sebelum tu solat jenazah jam 11 pagi di Masjid Seri Iskandar diimamkan oleh Dato Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz Pengarah JAIP.
Terima kasih kpd sahabat yang mendoakannya.
Kami menyayanginya tapi Allah SWT lebih menyayanginya.
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 28, 2009 17:57:51 GMT 8
Menurut Fadhil, puca kematian adiknya ditulis PULMONARY EMBOLISH
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 29, 2009 0:26:13 GMT 8
Email dari Nor Azila Bt Mat Khan (RESEARCH/UTP)
Thanx Lukman, kita orang dah berziarah ke Hospital Pantai Puteri hari tu. Kebetulannya balu Allahyarham iaitu Puan Aina Safiah ialah senior kitorang di Taayah.
|
|