Post by lukmanw on Dec 10, 2009 18:20:24 GMT 8
SEJARAH AWAL SEKOLAH
- Sekolah Izzuddin Shah atau singkatannya SIS ditubuhkan pada tahun 1959. Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 7.29 hektar di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Harimau.
- SIS merupakan cetusan idea Menteri Besar Perak yang pertama, iaitu Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi dan telah dinamakan sempena Ke Bawah DYMM Paduka Sultan Perak Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang turut berkenan mencemar duli merasmikan sekolah ini.
- SIS menawarkan aliran pengajian agama berasaskan kurikulum Al-Azhar serta kurikulum kebangsaan.
- Pada saat-saat awal penubuhannya, SIS telah menerima seramai 80 orang pelajar Melayu dari sekolah-sekolah Melayu di serata Perak, khususnya di Ipoh, untuk belajar di Tingkatan Satu. Kumpulan pelajar yang pertama ini belajar sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada awal 80-an, SIS mula menawarkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan turut membuka kelas Tingkatan Enam kepada pelajar-pelajar perempuan.
OBJEKTIF SEKOLAH
- Membentuk pelajar berilmu, beriman dan beramal soleh.
- Membentuk pelajar berakhlak mulia, berdisiplin serta bertanggungjawab.
- Melahirkan kesedaran diri, pengembangan potensi dan daya kreatif.
- Melahirkan pelajar yang sedia menerima perubahan, pembangunan rohani dan jasmani.
- Melahirkan pemimpin yang berjiwa Islam dan berkarisma.
VISI SEKOLAH
Sekolah Izzuddin Shah Mumtaz 2012
MISI SEKOLAH
- Mengamalkan pentadbiran yang telus dan efisien.
- Mengamalkan budaya kerja berpasukan.
- Mengamalkan pentadbiran yang telus dan efisien.
- Memperkasakan jatidiri berpaksikan ilmu dan amal.
- Menjadikan ko-kurikulum sebagai landasan membina ketrampilan pelajar.
- Memastikan suasana persekitaran kondusif.
- Menjalin hubungan mesra dengan masyarakat
LAGU SEKOLAH
Marilah bergerak maju
Menuntut segala ilmu
Menuju kemuliaan
Mencapai kebahagiaan
Rohani dan jasmani
Tabahkan dalam hati
Junjung titah Ilahi
Dengan suci dan murni
Berazam dan berbakti yang abadi
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Dipetik dari laman web sekolah di; izzuddinipoh.com/