|
Post by lukmanw on Dec 9, 2009 0:22:39 GMT 8
Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) menerusi Bahagian Latihan dan Pendidikannya akan menganjurkan satu bengkel kemahiran perniagaan dobi seperti yang berikut: Program : Bengkel Kemahiran Perniagaan Dobi Tarikh : 18 – 20 Disember (Jumaat, Sabtu & Ahad) Masa : 9.00pagi – 4.30petang Tempat : Training Room, Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. Yuran : RM990.00 (Termasuk makan dan minum, latihan praktikal) Program ini mensasarkan penyertaan individu dan penyelia yang terlibat dengan perniagaan dobi, homestay, motel dan hotel. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Laila Mukhtar. Beliau akan membincangkan topik berkaitan susun atur kedai, cara mengendalikan dan berhadapan dengan masalah mesin dan peralatan, proses merekod maklumat, tagging, basuhan biasa dan cucian kering, cara menggosok dan membungkus. Selain daripada itu, Laila Mukhtar akan membentangkan kertas kerja rancangan perniagaan dobi yang lengkap, aspek perakaunan, pemasaran, dan pengurusan sumber manusia perniagaan dobi. Peserta turut dibekalkan contoh senarai harga dobi, sebutharga mesin, manual operasi dan profil korporat bagi sesebuah perniagaan dobi. Tempat hanya terhad kepada 12 orang peserta sahaja. Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 10 Disember 2009. Semua yang berminat adalah dijemput untuk menyertai bengkel tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-923 2240 / 2240 / 017-504 7707 (Norekhsan Mahmud). Dilampirkan brosur program tersebut untuk rujukan. Attachments:
|
|