|
Post by lukmanw on Dec 6, 2009 12:42:17 GMT 8
Kenduri anak perempuan Tn. Hj. Mohd Yaakob B. Jaafar (Mantan SU Alumni Sista) 5 Dis 2009Petang semalam saya menerima sms dari sdr. Azman Omm (Bendahari Alumni Sista) mewakili Tn. Hj. Mohd Yaakob B. Jaafar (Mantan SU Alumni Sista) menjemput bekas pelajar-pelajar Sista hadir ke majlis perkahwinan anak perempuannya pada hari 5 Disember 2009 (hari ini) di Dewan Serbaguna, Mahkamah Syariah Perak dengan spesifik jam 2.00 petang khas untuk waktu bekas pelajar-pelajar Sista. Saya tiba Ipoh jam 2.00 petang dalam hujan yang amat lebat dan terkandas hampir 1 jam. Mujurlah sdr. Azman Omm masih menunggu saya di dalam dewan. Antara yang ditemui ialah junior seperti di dalam gambar di atas, (dari kiri), Mohd Taqyuddin (8286), saya (8084), Harith Fadzillah B. Abd. Halim (8185) dan Azman Omm (8286). Turut hadir senior seperti di dalam gambar; (dari kiri) Azman Omm, Zainal Abidin B. Zakaria (7983) dan Abd. Aziz B. Ahmad Nadzri (7882). Tidak sah sekiranya majlis seperti ini tidak dihadiri oleh pasangan Izzuddin/Taayah iaitu; Hj. Adam B. Yusop (6973) dan isteri Hjh. Azizah Bt. Idris bekas pelajar Taayah Batch 7276. Manakala tanpa diduga Tuan Rumah, Tn. Hj. Mohd Yaakob B. Jaafar adalah abang kepada Mustafa Kamal B. Jaafar (8084) yang kebetulan bukan sahaja 1 batch dengan saya tetapi berkongsi satu asrama. Mustafa paling akhir ditemui sekitar awal tahun 2000an. Beliau kini kembali ke kampungnya di Kati sebagai Usahawan Tani. Sebelum ini berkhidmat dengan Shapadu sehingga tahun lepas (2008). lukmanw@gmail.com izzuddin8084.blogspot.com/
|
|