|
Post by cyboron on Dec 5, 2009 19:57:19 GMT 8
Assalamualaikum. Tahniah Lukman atas inisiatif mewujudkan forum ni. Aku-Ana-Saya-Teman: Nama : Hisham Mat Ali Berkampung di SIS : 1978 - 1982 Nama yang biasa kengkawan sebut : Sham Mat Ali ("Hi" di awal nama hilang entah ke mana) & (Mat Ali - ayahanda teman - melekat sekali kat nama teman ... alhamduliLlah) Nama tak manja panggilan sesama satu batch : Pulut ... entah dari mana datangnya. Alamat sekarang : Pantai Remis, Perak Keroje : entah ... Status : Hampir jadi Tok Ki @ Tok Wan. Isteri teman bukan budak Ta'ayah, so tak payah introduce la. Anak 8 orang ... dah beso panjang semuanya. 4 lelaki 4 perempuan. 2 orang kat UKM. Sorang kat UPM. Sorang kat SBPI Gopeng. Sorang kat SM Raja Nazrin (SARJANA Kg. Gajah). Sorang lagi nak register kat SARJANA juga bulan depan. Sorang lagi baru tahun (darjah) 2. Yang bongsu (so far) baru sambut birthday ke 3. Wallahu a'lam.
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 6, 2009 12:38:17 GMT 8
Salam Sham
Teruja aku bila hang mendaftar di sini. Hang ni mcm biskut sekejab ada sekejab tak ada ;D
Nasaruddin Rais ada contact aku last week - dia nak buat hi-tea gathering di sebuah hotel di Ipoh end-Dis ini. Dia nak kumpul ex Izzuddin 80 an shj.
Aku sepatutnya jumpa dia KL 2, 3 hari lepas tapi schedule aku padat sangat.
Mcmanapun Dis ini schedule aku tersgt padat, Jumaat ni ke Sarawak dan terus ke Miri. Minggu depan Cub Prix Final Rd di Pdg Kota dan bersambung minggu satu lagi (Christmas) ada last kelas tahun ini.
Wsl
Lukman
|
|
|
Post by cyboron on Dec 7, 2009 17:48:13 GMT 8
kejap ade kejap tak ade? ... macam chipsmore. Tapi blog hang 80-84 aku mesti singgah tiap2 hari. Nak beria2 sangat kat situ pun .. malu jugak .. sebab titlenye pun 80-84. So jenguk2 je la. Aku tabik dua belah tangan kat hang sebab istiqomah menghubungkan exSIS di langit sampai ke darat. Aku teringin jugak nak buat macam tu, tapi tak cukup kuat macam hang. Macam yg hang pun tau, blog aku pun dah tak up-date lima enam bulan. Aku ada komitmen tulis-menulis yang lain. Tapi, insyaallah aku join sembang2 kat forum ni sekerap yang mungkin.
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 7, 2009 21:08:32 GMT 8
Sham Mat Ali
Rindu pula nak tengok analisa kau.
Lukman
|
|
|
Post by olek8288 on Dec 11, 2009 23:03:01 GMT 8
salam bro.cyberboron....
Blog Jeritan Minda Politik Malaysia lama tak update ...lps Bagan Pinang terus sepi je..
Salam mraolex
|
|