|
Post by lukmanw on Nov 12, 2009 13:06:50 GMT 8
Belakang kiri, Mat Daud B. Idris, Mohammed Yusmie B. Mohamed Yusoff (Batch 9296), Aminuddin B. Salleh, Lukman B. Wan Mat Daud, Che Azhar B. Ahmad, Mohd Zakir B. Ibrahim, Mohd Fadzly B. Husni. Duduki kiri, Saifulzaman B. Ahmad (Tuan Rumah), Faisal Azni B. Sabri, Syed Abu Salim, Mazlan B. Abu Bakar, Mustafa B. Arbain. Bersila kiri, Abu Haniffah, Fairuz B. Mohd Rafdzi (batch 9296), Zukifli b. Azit, Ahmad Faisal B. MuhammadPertemuan kedua raya Batch 8084Pertemuan kedua raya Batch 8084 di Bangi ini di tempat pertemuan di Stesen Minyak Petronas BB Bangi rouandabout UKM/Niosh dimulai dengan kehadiran terawal Zakir Ibrahim (Kajang) dan Aminuddin Salleh dari Gemas jam 9.30 pagi. Kemudian saya sampai dengan Faisal Jeddah diikuti dengan junior Fairuz B. Mohd Radzi dan Mohammed Yusmie B. Mohamed Yusoff (Batch 9296). Seterusnya kumpulan menjadi besar dengan kedatangan Che Azhar (Karak), Zul Azit (Gombak), Abu Haniffah Mohd (Semenyih), Mohd Fadzly Husni (PJ), Syed Abu Salim (Taiping) datang dari rumah terbuka abangnya (juga senior Izzuddin) di Putrajaya, Mazlan Abu Bakar (Serdang), dan akhir sekali Mustafa Arbain (Selayang). Pukul 11.00 pagi baru bergerak ke rumah Saifulzaman Ahmad yang berdekatan. Di rumahnya Daud Mat Idris (PJ) telah sampai lebih awal. Faisal Azni Sabri (Subang Jaya) pula sampai pada pukul 11.30 pagi. Memang pertemuan ini lebih meriah dari pertemuan pertama di di Hari Raya Ke 4, di rumah saya kerana hadirnya Abu Haniffah dan Che Azhar sebagai “penguasa majlis”! lebih-lebih ramai yang pertama kali berjumpa semula selepas kali terakhir berpisah di awal 80an seperti Mustafa Arbain dan Aminuddin Salleh. Antara yang menghubungi saya kerana tidak dapat hadir ialah Mohd Ali Mansor yang kini berada di Indonesia, Mohardinata Ali (masih di Abu Dhabi), Haizamuri (hal tidak dapat dielakkan di Kuantan), Syed Ahmad Zulkifli (ada kursus di Shah Alam), Kamaruddin Wahab (KL pindah rumah) dan Zulkarnain Mohd Saidin yang terlewat kerana ada tugasan Utusan Malaysia di Janda Baik. Terima kasih Saifulzaman dan isterinya Hidayah yang sudi menjadi tuan rumah dan bersusahpayah menyediakan makanan yang berat dan kuih raya. Malangnya saya hanya dapat menjamah sedikit Nasi Lemak (memang saya hantu Nasi Lemak!) sebelum meninggalkan rerakan semua pada pukul 12.00 tengahari sebab saya ada kelas untuk dikendalikan. Lukmanw
|
|
|
Post by lukmanw on Nov 12, 2009 13:09:16 GMT 8
Mohammed Yusmie B. Mohamed Yusoff dan Fairuz B. Mohd Radzi dan (Batch 9296).Kalau berkumpul mulalah dengan ”ta'aruf” dan jemputlah juga samada senior dan junior!Saya belajar dua panduan lagi dari Hj. Adam B. Yusop (6973), panduan sebelum ini ialah manafat majlis kenduri dan hari perayaan untuk berkumpul. Panduan terbaru yang saya belajar ialah kalau berkumpul sesama batch jemputlah seorang dua dari batch yang berbeza, Lagi bagus jika ada senior dan junior. Walaupun kedatangan pelajar bukan sesama batch ini ”susah masuk buku” kerana kadang-kadang tidak tahu di mana mereka hendak memulakan perbualan, mestilah ada seorang-dua dari sesama batch yang ”mengalu-alukan” kedatangan mereka. Jangan pula membiarkan mereka tercegat menjadi penunggu di satu sudut mendengarkan orang lain berbual rancak. Dengan berbuat demikian sahajalah akan adanya satu ikatan silaturrahim sesama Izzuddin. Bagaimanapun ini terpulang kepada persetujuan sesama batch untuk menjemput seorang dua bukan dari kalangan sesama batch mereka. Untuk pertemuan Hari Raya ke 4 di rumah saya, memang saya menjemput beberapa orang dari batch yang berbeza termasuk Hj. Adam sendiri! Pertemuan hari ini, batch 8084 menjemput junior iaitu Mohammed Yusmie B. Mohamed Yusoff dan Fairuz B. Mohd Radzi dan (Batch 9296), tetapi senior yang dijemput tidak dapat hadir kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Satu lagi panduan saya belajar dari Hj. Adam ialah setiap pertemuan sebegini seeloknya dimulakan dengan ”ta'aruf” iaitu memperkenalkan diri masing-masing. Bukan sahaja untuk memudahkan mereka yang berlainan batch untuk mengenali. Malah sesama batch juga ada yang sudah terlupa nama. Maklumlah ada yang sudah tidak bersua lebih 20 tahun. Jadi biarlah amalan yang dipelajari dari Hj. Adam ini dicontohi dalam semua perjumpaan (bukan paksaan hanya syoran) iaitu; Mulakan setiap pertemuan dengan sedikit ”ta'aruf” memperkenalkan diri dengan butir-butir seperti berikut; 1. Nama penuh dan asal kampung 2. Tahun masuk Izzuddin (tingkatan berapa?) 3. Tahun keluar Izzuddin (tingkatan berapa?) 4. Keluar Izzudin ke mana? Melanjutkan pelajaran? Bekerja? 5. Sekarang bekerja/menetap di mana? 6. Status keluarga, berapa isteri / anak-anak? Terima kasih Hj. Adam di atas dua panduan ini. Kami batch 8084 akan mengamalkannya. lukmanw@gmail.com hhtp://izzuddin8084.blogspot.com/ Untuk pengetahuan semua, Batch 9296 ini adalah antara batch bekas pelajar Izzuddin yang teraktif. Batch ini jugalah generasi Soutul Faizin yang aktif sehingga kini. Mereka mempunyai pelbagai medium (blog, web, email group dan sebagainya) untuk berhubung sesama mereka. Mereka juga kerap mengadakan pertemuan sesama sendiri dan bersama keluarga masing-masing. Malah untuk acara bolasepak alumni akan datang ini mereka akan menghantar dua pasukan. Agar batch-batch lain mencontohi mereka. Senior dan junior, janganlah malu untuk belajar dari mereka bagaimana dan macamana mereka berjaya mengekalkan silaturahim sesama mereka. Insya-Allah batch 8084 akan sentiasa menghubungi mereka untuk meneladani!
|
|