Post by lukmanw on Nov 12, 2009 11:41:49 GMT 8
Pasar Bulat (Lat - Town's Boy)
Super Kinta
Ipoh 80an dalam kenangan (dari kacamata Batch 8084)
Tertarik dengan posting junior Hasrizal (Ust. Saifulislam) dalam blognya, aku menghantar satu komen berkaitan teksi kuning-hitam yang sering kami naiki apabila berkunjung ke Pekan Ipoh. Ketika itu (1980 – 1984) waktu hendak pulang, apek-apek pemandu teksi ini akan bertanya; “Susu-Tin ka?”. Ketelorannya menyebabkan Izzuddin dipanggil ”Susu-Tin”.
Untuk seorang pelajar yang hanya mengharapkan RM 15.00 sebulan wang hantaran dari kampung, aku tidak banyak berpeluang keluar ke Pekan Ipoh di awal persekolahan semasa Tingkatan 1. Bila melangkah ke Tingkatan 2 dan seterusnya, aku ”berpeluang” mencari duit saku lebihan seperti menjadi ”budak pengutip derma Solat Jumaat”di Masjid Negeri, terlibat secara kecil-kecilan menjual makanan segera, menjual gambar 3R Pemain Bolasepak Piala Dunia (seperti pernah diceritakan sebelum ini) dan sebagainya.
Rutin keluar pekannya simple sahaja semasa Tingkatan 1. Berjalan ke Super Kinta, Angel, Pasar Bulat (beli seluar bola), Pusat Penjaja Taman Kanak-kanak (minum Ais Kacang campur Sos!) dan beberapa buah pusat membeli-belah lain. Sebelum pulang makan Nasi Ganja dengan Air Laici ataupun Roti Canai di restoran mamak tepi Stesen Bas Tanjung Rambutan itu.
Dulu 2 kedai sekarang tinggal 1 sahaja
Dulu RM 2.00 sahaja sekali dengan air Laici
Kini hanya tinggal satu kedai roti sahaja
Jubilee Park
Sebagai bekal untuk pulang ke asrama, kami beli Maggi, Donut Besar ataupun Kek Krim. Donut dan Kek Krim ini dijual di beberapa buah kedai India Muslim di kedai bersebelahan Pasar Bulat, sebaris dengan Jublee Park. Sekarang tinggal sebuah sahaja! Ada yang membeli banyak untuk dijual di dalam asrama. Salah seorangnya ialah Syed Abu Salim yang kini seorang usahawan dan pemilik industri plastik dan rempah yang berjaya di Taiping.
(Tingkatan 1 dan 2 kami belum berani masuk Jubilee Park Tapi trio; Mustafa Arbain, Khir dan Kamal Ariffin buat tak kisah saja! Ketiga-tiga bekas pelajar Batch 8084 ini masih belum dapat dikesan.)
Di Pusat Penjaja Taman Kanak-kanak belakang Kamdar sekarang ini juga ada sebuah gerai sate yang dimiliki oleh keluarga pelajar satu batch iaitu Razali dari Ulu Kinta. Sampai lekatlah gelaran Razali Sate padanya. (Razali juga adalah salah seorang Batch 8084 yang masih belum dapat dikesan lagi). Sekarang Pusat Penjaja di sini lebih dikenali dengan Gerbang Malam.
Tingkatan 3 mula langkah panjang! Kami mula belajar melilau di Pasar Lambak atau lebih dikenali dengan Lokin. Sebenarnya kedudukan Pasar Lambak ini di celah-celah lorong belakang bangunan Bazar Lam Looking.
Di Pasar Lambak “Lokin” ini kami membeli “baju dalam kot” ala vest itu. Masa ini vest kain yang banyak poket itu mahal. Jadi “baju dalam kot” kain linen terpakai ini menjadi pilihan kami!
Lokin ini kemudiannya pindah ke Taman Orang Tua berhampiran Sungai Kinta. Setelah kawasan ini dimajukkan sebagai pusat rekreasi, Lokin berpindah pula ke Jalan Horley dan dikenali sebagai Memory Lane.
Bazar Looking Good. Lokin asal terletak di belakang bangunan ini
Lokin kedua, Taman Orang Tua. Kini Ipoh Water Front Park
Lokin sekarang dikenali sebagai Memory Lane
Lokin sekarang/ Memory Lane di Jalan Horley
Semasa Tingkatan 3 juga aku mula gila wayang. Minat menonton wayang ini terbawa-bawa sehingga ke Tingkatan 5. Boleh dikatakan semua panggung wayang di Ipoh kami (sekumpulan kecil batch 8084) mengunjungi sekurang-kurang sekali dalam sebulan tanpa menghirau judul atau jenis cerita! Antara ialah Majestic (cerita Shaolin dan Kung Fu), Rex (cerita Cina kadang-kadang filem Melayu dan English), Capitol (cerita Cina), Odeon (cerita English), Grand di Jubli Park (cerita English dan Melayu – pernah tertangkap menonton sewaktu curi keluar malam. Rasanya ditangkap oleh Cikgu Dasuki!). Lido bersebelahan Cathay (cerita English), Ruby (cerita Cina) dan Sun (cerita Cina dan India)
Bersambung – Kisah Budak Pengutip Derma Solat Jumaat
lukmanw@gmail.com
izzuddin8084.blogspot.com/