|
Post by parkdude on Nov 11, 2009 22:27:56 GMT 8
Beberapa gambar asrama yg inginku kongsikan... 1. 'Gajah menyusur' dari blok akademik ke blok asrama.. 2. Bahagian hadapan blok D. 3. Tangga blok D. 4. Padang bola dari sudut pandangan blok D. 5. Blok C..
|
|
|
Post by lukmanw on Nov 11, 2009 22:30:56 GMT 8
Alamak Park Dude- Blok D ini yang mana ye?
Zaman kami 80an masih guna nama Rumah Kuning, Merah, Hijau dan Perang.
Ini Blok paling belakang sekali ke?
Lukman
|
|
|
Post by parkdude on Nov 11, 2009 22:34:21 GMT 8
6. lagi, 'gajah menyusur'... kelihatan seorang pelajar sedang menuju 'puncak'.. 7. Bingkai tingkap yg telah usang dan uzur... banyak jasanya. 8. Pandangan belakang blok D, bahagian berwarna merah pada asalnya adalah tandas/bilik air, diubahsuai sebagai bilik rekreasi pada tahun 1989.. tetapi diubahsuai semula sebagai tandas/bilik pada 1994-5.. 9. 'Benda' ini telah wujud pada hari pertamaku di SIS (1989) dan diceritakan telah berada ditempatnya (berhadapan dewan makan) sedari awal 80-an... betul ker?
|
|
|
Post by parkdude on Nov 11, 2009 22:36:08 GMT 8
Alamak Park Dude- Blok D ini yang mana ye? Zaman kami 80an masih guna nama Rumah Kuning, Merah, Hijau dan Perang. Ini Blok paling belakang sekali ke? Lukman bukan bang, yg paling belakang (di belukar tu) blok A - B - C - D - E (bilik komputer & khutub-khanah) - F (blok paling depan, mengadap padang perhimpunan).
|
|
|
Post by lukmanw on Nov 11, 2009 22:48:51 GMT 8
Tak pasti pula tapi memang ada besi (rasanya 3 segi) yang diketuk menandakan waktu makan. Macam dalam filem koboi aja. Lukman
|
|
|
Post by cikgooden on Nov 18, 2009 0:16:56 GMT 8
lukman:..rumah yang paling ujung ..rumah perang la.....dekat dengan umah pekerja..pakcik ngot kantin tu..belakang umah perang kan hutan..ada telaga buruk.. selalu dorang kata ada antu jepun..hahahahaahh
|
|
|
Post by parkdude on Nov 18, 2009 9:08:48 GMT 8
hantu jepun... hantu patah tengkuk.. hantu golek.. macam2 jenis hantu ada diceritakan semasa menginap di SIS... tapi tak pernah pulak jumpa. Pernah 2-3 kali tu, sengaja tak mau tidur malam - duk berjaga pasai nak tengok rupa hantu2 tu..
|
|
|
Post by cikgooden on Nov 20, 2009 20:16:08 GMT 8
mmg pun....mana ada..selama aku duduk di SIS tak pernah pun jumpa hantu....budak2 dia jadi hantu ada la..hahahahah
|
|
iab
Baru Form I
Posts: 16
|
Post by iab on Dec 25, 2009 5:11:53 GMT 8
Salam Parkdude (maaf saya masih belum mengenali saudara).
Gambar No. 9 tu; Ya saya masih ingat dan waktu zaman saya ianya masih sempurna. Itulah tempat bergayut ala gymnastik. Zaman saya (Lokman mungkin dah lupa) orang yang paling terror bergymnastik ialah Abang Abkhori (Koie) dan Syaarani (super senior). Tak ingat pulak saya tahun berapa mereka ni, Kalau tak silap batch 77-81.
Orang kurus sahaja boleh bergymnastik guna alat tu. Orang macam saya alamat tak terangkatlah. Boleh tengok sahaja orang lain buat dengan penuh bergaya.
Ibrahim
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 25, 2009 13:01:45 GMT 8
Di IAB
Koie sata tak ingat tapi Syaarani Pantai Remis mmg hebat gymnastik. Bukan saja boleh bergayut dgn besi tapi palang gajah menyusur tu dia boleh gayut.
Teringat Syaarani katanya uzur di Pantai Remis skrg ini.
Syaarani dan saya sama-sama "bergelandangan" dan menumpang bilik asrama Sham Mat Ali di UM pada penghujung 80an setelah saya gagal UM.
Lukmanw
|
|