|
Post by lukmanw on Nov 11, 2009 19:30:47 GMT 8
Salam
Minta perkembangan thread ini.
Lukman
|
|
iab
Baru Form I
Posts: 16
|
Post by iab on Dec 25, 2009 5:48:29 GMT 8
Salam Lokman,
Di Riyadh, jika orang bukan Arab nak belajar bahasa Arab; rata-rata jamieah (university) atau madrasah (sekolah) akan guna kitab Al-Arabiah Li Ghairin Nasyiein (6 jilid). Kitab (buku) yang sama ini juga digunakan oleh Sekolah Rendah Islam Swasta rangkaian Musleh di Malaysia. Anak saya yang bersekolah di Al-Irsyad Kuantan turut menggunakan buku ini. Cuma buku ini agak lama dan terlalu banyak latihan dan mengambil masa yang terlalu lama untuk khatam (6 marhalah).
Silsilah yang lebih terkini ialah kitab Al-Arabiah Baina Yadaih (3 Jilid). Kitab ini lebih ringkas dan mudah difahami kerana menggunakan pendekatan hiwar (perbualan) dengan qawaid diselitkan dengan cara yang tidak memberatkan.
Pengalaman saya belajar bahasa Arab di Riyadh amat mengkagumkan...mana taknya dalam masa enam bulan sahaja kebanyakan pelajar dah boleh bercakap dengan baik. Itu orang-orang dewasa, kalau anak-anak lagilah laju.
Saya ada kawan-kawan dari Korea (Hon), Finland (Aero), Italy (Petro) dan ramai lagi yang bukan muslim dan tak tahu baca jawi (huruf arab)pun sebelum ini dan mereka sama-sama mula belajar bahasa arab dengan saya dan kini mereka semuanya boleh bercakap bahasa arab fusahah dengan baik dan boleh membaca dengan baik.
Amat mengagumkan...
Tulisan ini sebagai satu rangsangan sahaja (jika boleh dikira memberi rangsangan) untuk kita yang dah ada asas bahasa arab untuk terus menguasai bahasa syurga ini...
Dr. Ibrahim KSU, Riyadh
|
|
iab
Baru Form I
Posts: 16
|
Post by iab on Dec 25, 2009 6:01:21 GMT 8
Maaf lokman, saya mungkin salah faham maksud Lokman 'minta perkembangan thread ini' dalam posting saya sebelum ini. lain pulak cerita saya...
Saya rasa Lokman nak wujudkan ruangan belajar bahasa Arab dalam forum ini kan! satu idea yang bagus dan besar pahalanya. Insyaallah saya akan menyokongnya.
Saya cadangkan kita buat macam siaran radio IKIM. Sehari 3 soalan dalam bahasa arab dengan 3 jawabannya.
Kita mula dengan 1 soalan seminggu dengan 1 jawabannya. Biar kita sama-sama menghafalnya...kita minta seorang ustaz (exSISTA) mengelolakan ruangan ini.
Maaflah saya hanya pandai mencadang...
Dr. Ibrahim KSU, Riyadh
|
|
|
Post by lukmanw on Dec 25, 2009 13:05:10 GMT 8
Dr IAB
Mmg itulah hasrat saya. Malang rasanya dan sia-sia belajar arab 3 tahun di SIS tapi nak biloang no 1 sampai 9 pun tak boleh.
Minta-minta adalah yang boleh menyumbang di sini.
Wsl
Lukman
|
|
iab
Baru Form I
Posts: 16
|
Post by iab on Dec 26, 2009 20:08:15 GMT 8
Seperti biasa, hari Jumaat lepas saya menghadiri kelas bahasa Arab di Badiah yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kereta dari rumah saya di Umm Al-Hamam, Riyadh.
Hiwar (perbualan) hari ini berkenaan penyakit dan macam biasa Syeikh Hassan bersyarah panjang tentang penyakit. Beliau juga mengajar tentang adab-adab dan doa ketika menziarahi orang sakit.
Apabila kita berjumpa orang biasanya kita akan tanya khabarnya dan sebut (dalam bahasa arab):
'Kaifahaluka?' (maaf saya tak boleh nak tulis matan jawinya). Bahasa ammiyahnya: 'Hallak?'. di Saudi ni kalau kita rapat dengan orang tu dan boleh melawak dengannya kita akan kata 'Ishlaunak?' (Ishlaunak maksudnya apa warna kamu?).
maka kita jawablah (walaupun kita tak sihat): 'Alhamdulillah ana bikhair' atau 'toiyyib ala ma yuram (Baik, OK je) atau dalam bahasa pasarnya; 'Qais miyah miyah' (baik 100%).
Jika kita jumpa orang tu tak sihat maka kita doakannya sekurang-kurangnya kata 'SyafakaAllah' (maksudnya mudah-mudahan Allah menyembuhkan anda)
Syeikh Hassan tanya pada kami; apa makna 'IshfakaAllah'. Tak ada siapa yang tahu...syeikh ulang lagi dan kali ini dia kata; ini soalan kuiz, siapa dapat jawab dia akan bagi 10 riyal....ramai yang meneka. Tak seorangpun yang betul. Dengan confidennya syeikh naikkan lagi hadiah jadi 20 riyal...macam-macam jawapan diberi namun tiada yang betul. Syeikh bertambah confiden; tentunya tak ada yang tahu makna ucapan ini. Dia naikkan lagi nilai hadiahnya menjadi 30 riyal...teka lagi kami. Tak betul juga. Syeikh kata cukuplah....gerentinya tiada yang tahu.
Tiba-tiba kawan saya yang duduk di belakang saya (seorang rakyat Senegal) yang hanya duduk diam saja dari tadi angkat tangan...Nanti dulu syeikh, saya nak cuba jawab!. Syeikh kata; betul ke anta tahu...syeikh masih confiden dia mestinya tak tahu. kawan tu bukannya antara pelajar bijak dalam kelas kami. Dia banyak diam dari bercakap.
Dengan terketar-ketar kawan saya jawab 'Ishfakallah tu maksudnya...mudah-mudahan Allah matikan kamu'
'Sahih!!!' Syeikh kata. Kami semua tergamam. MasyaAllah....saya tanya dia mana kamu tahu? Dia kata saya teka je, kadang-kadang kita kena fikir secara terbalik. Saya takut nak jawab, katanya. MasyaAllah, MasyaAllah. ....
Syeikh bagi dia 30 riyal. .....
Sekian cerita kali ini. Semoga beberapa kalimah dipelajari antaranya:
1) 'Kaifahalak?' 2) 'hallak?' 3) 'Ishlaunak?' 4) 'Alhamdulillah ana bikhair' 5) 'Toyyib ala ma yuram' 6) 'Qais miya miya' 7) 'SyafakaAllah' 8) 'IshfakaAllah' - jangan guna perkataan ini. hanya untuk pengetahuan sahaja. 9) 'Sahih'
Waillalliqa'....
Dr. Ibrahim KSU, Riyadh
|
|
|
Post by zulazit on Jan 1, 2010 5:18:07 GMT 8
tertarik gak nak belajor semula bahasa arab. kalau belajor melalui radio ikim biasanya tak leh concentrate coz time tak sesuai... tgh driving le... cuba nak attend kelas kay uia, tapi time balik kerja selalu sama ngan time klelas mula, kekadang out station. so kalau thru forum ni, ada volunteer nak letak perbualan bahasa arab, alhamdulillah le teman ucapkan.
|
|
|
Post by lukmanw on Jan 1, 2010 13:37:00 GMT 8
Zul Azit
Rasanya kau ada attend kursus Bahasa Arab di KL kan setahun dua ni.
Lukman
|
|