|
Post by lukmanw on Mar 13, 2010 20:53:25 GMT 8
Izzuddin macam tak ambil SPM tahun lepas!Sudah 3 hari berlalu, keputusan SPM diumumkan pada Khamis lalu. Entah mengapa laman web Sekolah Izzuddin (yang pernah saya puji pada Januari 2010 lalu yang kerap update) tidak memaparkan langsung berita mengenai keputusan SPM ini. Seolah-olah pada tahun lepas, Sekolah Izzuddin tiada calon yang mengambil SPM. Saya difahamkan sekali lagi Taayah mengatasi pencapaian Izzuddin dalam SPM yang sebelumnya mengatasi Izzuddin dalam SRP. Cikgu Haji Dasuki ada menerangkan mengapa pencapaian Izzuddin sebegitu. Tetapi laman web sekolah tiada sebarang update. Jauh sekali jika dibandingkan dengan laman web Taayah yang lengkap dengan analisa. Adakah keputusannya terlalu teruk dan malu untuk dipaparkan dalam laman web? Ataukah moderatornya masih sibuk dengan lawatan penanda aras ke Singapura? lukmanw@gmail.com izzuddin8084.blogspot.com
|
|