|
Post by lukmanw on Feb 15, 2010 23:42:39 GMT 8
Al Fatehah Ust. Hamid SallehUst. Hamid Salleh, suami kepada Ustazah Arfah telah meninggal dunia hari ini di rumahnya di No. 17, Lebuh Pasar, Rapat Setia, Ipoh. Aruah menghembuskan nafasnya sekitar 1.30 tengahari. Telefon bimbit saya tidak henti-henti menerima panggilan dan sms bertanyakan khabar ini sekitar 3 petang. Sewaktu itu saya di Rawang dalam perjalanan pulang dari KL ke Taiping. Zainal Abidin Zakaria (Trot) akhirnya mengesahkan berita dan memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Perkuburan Islam Rapat Setia. Saya tiba di rumah aruah sekitar 6.30 petang. Al Fatehah kepada aruah. lukmanw@uum.edu.my izzuddin8084.blogspot.com/Gambar oleh Zainal Abidin Ahmad Zakaria (Trot) yang sempat berjumpa dengan guru-guru SIS yang hadir memberi penghormatan terakhir di rumah Arwah ust Hamid Salleh suami Ustazah Arfah di Rapat Setia. Dari kiri: Ust Hamzah Suffian, Cikgu Wan Hassan,Cikgu Dasuki Idris dan Cikgu Norazadin Hambali.
|
|
|
Post by lukmanw on Feb 15, 2010 23:45:41 GMT 8
Terima kasih Trot dan Man Omm yang update-kan dari masa ke semasa berita aruah.
Terima kasih kepada Abg Aji Abdul Salim Zain, Abg Aji Adam, Fadzlan Shahidi dan lain-lain menghubungi, menghantar sms memaklumkan berita aruah
Lukman
|
|